Tuesday 26 June 2012

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan lafaz yang mulia, BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.. saya membuka tirai blOg JAHITAN BONDA ini dengan penuh rasa bersyukur alhamdulillah sangat2 kehadrat Ilahi kerana telah mempertemukan saya dengan Kursus Jahitan Langsir, Mam Smart yang diajarkan oleh Ustazah Sahida dan dengan asbab yang ALLAH s.w.t berikan ini maka telah lahirlah JAHITAN BONDA

Nama JAHITAN BONDA ini diabadikan sebagai pengiktirafan teragung dari seorang anak buat ibu yang tercinta, NIZAN BT CHE ALI diatas segala jasa dan pengorbanan bonda yang sehingga akhir hayat pun tidak jua mampu terbalas, semoga ALLAH s.w.t menempatkanmu di Syurga FirdausNYA, amin.. Bakat bonda yang mengalir didalam diri ini tidak akan sekali dipersiakan dan semoga JAHITAN BONDA ini akan menjadi titik bermulanya empayar perniagaan dibawah naungan BONDA, amin..  
 
Buat kawan-kawan serta sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan langsir, diharapkan blOg JAHITAN BONDA ini dapat membantu kalian untuk mencari maklumat dan rujukan mengenai jahitan langsir. 

Manakala bagi yang berminat untuk menempah langsir dengan JAHITAN BONDA atau ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut, bolehlah hubungi EINA (017-6822436) atau WANEY (0111-4997079)

* Pakej harga yang berpatutan disediakan buat mereka yang menempah langsir dengan JAHITAN BONDA*

Allahummousolli a'la Saiyidina Muhammad wa a'la aa lihi wa sohbihi ajmain.
Semoga kita semua sentiasa dibawah rahmat dan kasih sayang ALLAH s.w.t, amin ya rabbal alamin.. 
Assalamualaikumwarahmatullahibarakatuh..:)

1 comment:

  1. salam Eina!

    semoga sukses dalam perniagaan yang halal dan berkat ini! Amin.

    ReplyDelete